27 Disember 2010

Kuat. Kuat..Kuat.. dan Harus Kuat..

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur alhamdulilah masih diberi keupayaan untuk terus mencoretkan bait-bait kata di sini. Pada mulanya, rasa macam dah malas nak aktifkan diri dalam 'berblogging' ni. Tapi entah macamana malam ini tergerak pula hati untuk mengadu dan meluahkan sesuatu di sini. Kadang-kadang kak cu rasa inilah medan untuk meluahkan segala yang terbuku dan 'terapi' terindah yang kak cu dapat. Rasa seolah-olah kak cu bersama dengan ayah. 

Banyak yang kak cu 'miss' untuk cerita pada ayah. Terlalu banyak. Sebabnya susah nak 'online' dengan liputan yang kurang memuaskan lebih-lebih lagi hujan je kat sini. Tapi alhamdulilah minggu ni terasa la juga bahang panas mentari. Terima kasih Ya ALLAH kerana menghadiahkan terik sang matahari buat kami selepas kebasahan menemani. 

Ayah, semalam semakan keputusan peperiksaan semester ini dah pun boleh dibuat. Kak cu dengan rasa bangga nak beritahu ayah yang kak cu kali ini berjaya dapat keputusan yang sangat cemerlang buat diri kak cu. Semester ni kak cu dapat anugerah dekan kelas pertama seperti yang kak cu harapkan. Alhamdulilah ayah. Terima kasih YA ALLAH atas kejayaan ini. Kalau ayah ada, mesti ayah suka sangat-sangat kan. Anak ayah ni memang tidak akan menghampakan ayah kan..kan..kan..
Tapi sayang ayah tiada di sisi kak cu saat-saat kegembiraan ini ingin sekali dikongsi. Kadang-kadang rasa macam 'loser' sangat ayah. Ah!! Tak sanggup rasanya nak harungi saat duka macam ni. Moga ALLAH beri kekuatan buat kak cu ayah..Amin.

Apa-apa pun, tahniah untuk diri sendiri ya Hazwani Arifin. Semoga terus cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat sana. Amin.

Semoga ayah tenang Di sana. Al Fatehah buat ayahanda tersayang~


::Moga kuat. (Gambar: cik google)









01 Disember 2010

~Bakal Berakhir~

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur Alhamdulilah atas nikmat yang masih diberikan pada aku. Terima Kasih Ya ALLAH atas indahnya kenikmatan yang KAU titipkan buat insan lemah ini. Harap masih ada esok yang penuh kebaikan buat aku. AMIN..

Diam tak diam, sedar tak sedar, pejam celik- pejam celik, rupa-rupanya kak cu dah pun nak habis belajar. Tak lama lagi dah nak praktikal dan akhirnya bakal menjadi pendidik seperti yang ayah harapkan kan. Semoga kak cu mampu menjadi guru yang terbaik untuk dunia dan akhirat hendaknya. AMIN.

Tapi dalam tempoh bakal berakhir zaman belajar ni, kak cu agak terasa kesedihan dan kehilangan ini ayah. AH, begitu asing perasaan ini sebenarnya. Kalau lah ayah ada, mesti best kan!!. Selalu ada 'kalau' kan. Tu yang tak best!!! Kalau lah ayah ada, mesti ayahlah orang yang paling sibuk dan gembira buat waktu ini kan. ('kalau' lagi)...

:: Muka baik. Tahun Pertama menjadi siswi UPSI::
                            


Kak cu baru balik kerja ni, dah siap cuci baju dan solat, barulah boleh kemaskini catatan kak cu hari ini. dah lama jugak kak cu tak kemaskini. Sibuk sangat-sangat ayah. Kak cu dalam minggu peperiksaan sebenarnya ni. Kertas pertama kak cu mula 23hb November lepas. Kertas major bahasa Melayu semester akhir ni, Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Alhamdulilah kak cu boleh jawab dengan baik. Harap kak cu dapat A untuk kertas ini. Amin.

Kertas seterusnya hari Jumaat ni. Tapi tak baca apa-apa lagi nih. Aish!! anak ayah ni dari dulu sampai sekarang masih tak ubah-ubah, sangat suka buat kerja saat akhir. Hehehe. dah jadi tabiat kan kak cu ni ayah. Esok nak periksa, barulah sibuk pada malamnya. HAhaha. Tapi alhamdulilah setakat ni, keputusan kak cu selalu baik-baik sahaja. Terima Kasih Ya ALLAH atas keberkatanMU ini. Setiap apa yang kita lakukan sebenarnya bergantung pada DIA kan ayah. Harap semester ni kak cu dapat anugerah dekan kelas pertama. Semester lepas, sikit je lagi nak sampai kelas pertama, jadi semester ni harapnya dapatlah seperti yang diinginkan. AMIN...

 Ayah, ayah tak sempat pun kan nak tengok keputusan peperiksaan kak cu setiap semester
.  Tapi ayah tahu kan anak ayah ni selalu buat ayah senyum lebar kan!!..:)

Sampai sini dululah yer. Kak cu dah penat dan ingin sekali merehatkan diri. Sebenarnya kerja separuh masa di cafe ni sangat penat ayah. Tapi nak buat macam mana, nak cari duit dan belajar hidup berdikari. Terima kasih ayah atas nasihat ayah yang selalu kak cu ingat sampai akhir hayat kak cu. "Hidup ini satu perjuangan kak cu"

:: Tahun akhir di UPSI. Bersama teman-teman seperjuangan::

                                  

:Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu.::
(Anak ayah yang paling besar.hahaha.)

:

Kak cu tak sabar nak balik dan jenguk 'rumah' ayah. Harap bunga indah berkembang mekar meneduhkan 'rumah' ayah. Amin..

~Al Fatehah untuk ayahanda tercinta. Moga dicucuri rahmatNYA.Amin~

12 November 2010

~Rumahku Syurgaku~


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulilah syukur he hadrat Illahi kerana k.cu masih diberi kesempatan dan kenikmatan menjadi hambaNYA, anak kepada bonda yang dikasihi dan makhluk di bumiMU ini YA ALLAH.

Terima kasih atas anugerah yang diberikan ini YA ALLAH. Sesungguhnya Engkaulah yang maha esa dan maha mengetahui setiap yang terbaik untuk hambaMU. Aku bersyukur dengan setiap helaan nafas yang diberikan. Alhamdulilah…

Yeyeyeye. Malam ni kak cu bersiaran secara langsung dari teratak cinta rumah ayah di Kuala Ibai ini. Kak cu balik hari sabtu malam (6/11/2010) dari Tanjong Malim. Sampai la hari Ahad pagi kat Terengganu ni. Pagi tu, abang ambil kak cu kat stesen bas Kuala Terengganu. Ah!! Semuanya telah berubah kan ayah. Dulu pasti ayahlah orang pertama yang akan datang ambil kak cu di stesen. Kak cu sempat berkongsi semua ini dengan ayah hanya satu semester sahaja. Alangkah indahnya hidup ini kalau ayah masih ada kan  Tapi sesungguhnya, Dia masih ada bersama kak cu dan keluarga. Dia lebih tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNYA kan ayah. Mesti segala aturan dan suratan ini ada hikmah dan kemanisan disebaliknya. Amin…

Baru dapat kemaskini cerita malam ini. Rangkaian ’broadband’ malam ini agak pantas. Yelah, kalau rumah darat asyik hijau jer. Sebab tu lah malam ni baru kak cu leh ’update’ segalanya walaupun dah hampir satu minggu kak cu di kampung tercinta. Indahnya bila dah dapat balik rumah kan ayah tapi ’kehilangan’ yang dirasai ini masih belum terpadam. Setiap wajah ayah ada di setiap genap ruang yang ada di rumah ni. Sesungguhnya semua orang di dalam rumah ini merindui ayah. Senyuman dan gurau senda ayah sentiasa menghiasi setiap ruang rumah ni ayah. Lebih-lebih lagi bila duduk rumah kuala ibai ini. Terasa sangat!! Ya ALLAh, perasaan rindu ini sesungguhnya sangat indah buat kami untuk waktu dan ketika ini. Semoga ianya sentiasa bercambah dan mekar di hati kami. AMIN. Mana mungkin dapat kak cu melupakan segalanya tentang ayah. Terlalu sukar ayah. Semoga ayah sentiasa tenang Disana. Amin...

Esok kak cu, kak chik, adik dan cucu sulong ayah tu akan ziarah ’rumah’ ayah. Esok kita jumpa yer ayah. Tak sabar nak pergi ’rumah’ ayah. Kak cu rindu sangat kat ayah. Sangat-sangat!!!

17 Oktober 2010

Selagi


Selagi kaki tidak berat melangkah
Selagi bibir manis berucap
Selagi mata belum terpejam
Selagi nafas terus dihela
Selagi jantung belum berhenti berdegup
Selagi jari belum puas bercoretan
Selagi itu hidup harus diteruskan.

Selagi saat masih berjalan
Selagi waktu masih meniti
Selagi hari masih datang
Selagi bulan masih menyapa
Selagi tahun terus bertandang
Selagi itu rindu dan kenangan tetap di ingatan.

Selagi mentari mampu memancarkan sinar
Selagi angin mampu menghembuskan harapan
Selagi awan mampu menitipkan kebiruan
Selagi alam mampu memberikan kehijauan
Selagi itu cinta dan sayang ini tidak kejauhan dan terus dalam genggaman.

16 Oktober 2010

Bersabarlah Hati

Assalamualaikum…

Lama rasanya kak cu tidak mengemaskini coretan terbaru di blog ni. Terlalu sibuk dan kadang-kadang waktu untuk kak cu rehat pun terpaksa dikorbankan sekarang. Kerja separuh masa di cafe ditambah dengan kajian ilmiah yang masih belum selesai membuatkan kak cu makin ’rapat’ dengan masa. Setiap saat yang berlalu sekarang sangat bermakna ayah.

Semalam, lepas balik kerja ingat nak kemaskini catatan maya nih. Nak borak2 ngan ayah tapi kak cu dah penat sangat. Selesai basuh baju, solat isyak, dan baca Yasin, kak cu terus je tidur ayah. Waktu tu pun dah pukul 3.00 pagi. Terlalu cepat waktu berlalu sekarang. Kak cu rindu nak corat coret dengan ayah.

Kebelakangan ini, kak cu rasa sayu sangat, ingat dan rindu pada ayah membuak-buak dalam diri ini. Senyuman ayah, kata-kata indah ayah, wajah ayah sentiasa menemani kak cu di setiap ruang. Kadang-kadang kak cu tidak mampu melaluinya ayah. Waktu tu kak cu akan tatap gambar-gambar ayah. Tapi sayang gambar ayah tak banyak dalam simpanan. Itulah yang membuatkan kak cu kesal sangat sampai sekarang. Bila teringat balik 3 hari sebelum ayah ’pergi’, ayah ada minta kak cu ambil gambar ayah. Gambar kita berdua, tapi waktu tu kak cu tengah bersiap nak pergi majlis kenduri, kak cu tak sempat pun nak ambil gambar dengan ayah. Sampai sekarang kak cu rasa kesal sangat ayah. Kalau lah hari tu, kak cu meluangkan sedikit waktu untuk ambil gambar dengan ayah, mungkin gambar tu menjadi gambar terakhir yang boleh menjadi tatapan kak cu sekarang.

Tapi kak cu syukur sekurang-kurangnya kak cu masih ada kenangan bersama ayah waktu pagi sebelum ayah ’pergi’ pada petangnya. Tapi waktu itu sangat pantas berlalu kan ayah. Kak cu masih terasa hangat pegangan tangan ayah pada pagi itu. Hah!! Rindunya aku pada kenangan itu.

Ayah, semester ini dah nak berlalu pun. Habis semester ni, cuti sebulan dan akhir bulan satu 2011 kak cu akan menjalani latihan mengajar. Kak cu belum beritahu ayah kan kak cu boleh praktikal di Temerloh. Kak cu minta praktikal di Kuantan supaya dekat dengan abang, tapi tak dapat. Kalau ayah ada mesti ayah suka kan. Anak ayah yang ’sihat’ ni dah nak praktikal pun. Ayah tak sempat pun bersama-sama kak cu menghabiskan hari-hari kak cu sebagai siswa dan bakal pendidik seperti yang ayah inginkan. Tapi ayah tetap bangga dengan anak ayah ni kan. Dari zaman sekolah sehingga sekarang, kak cu selalu dapat keputusan cemerlang, tapi ayah selalu tak tunjuk yang ayah bangga dengan kak cu. Tapi sebenarnya ayah bangga dan gembiran kan..kan..kan..

*Ayah. 2 minggu lepas kak cu pergi ’rumah’ ayah. Gembira kak cu tengok bunga-bunga atas ’rumah’ ayah semuanya sedang mekar dan harum. Alhamdulilah ayah. Moga bunga-bunga tu berzikir dan ’menyejukkan’ segalanya. Amin.

~AL FATEHAH untuk ayahanda tercinta~

: Tahun 2005, ketika aku baru balik dari PKN. -KFC Momentos-

02 Oktober 2010

Selamat Hari Lahir Kak Cu

Assalamulaikum

Alhamdulilah pada ketika, waktu dan saat aku menulis ini, aku masih diberi helaan nafas untuk terus berada dibumiMU Ya ALLAH. Harap masih ada esok untuk aku.


Ayah, kak cu baru balik kerja ni. Sudah basuh baju, kemas-kemas bilik baru lah leh bicara. Kak cu kerja semester ini ayah. Kerja kat bakery café depan kolej kak cu ni. Masa ayah datang mula-mula dulu, café ni belum ada lagi. Penat sangat ayah kerja sini tapi nak tak nak kak cu kena biasakan diri kan ayah. Kak cu kena belajar cari duit sendiri. Tak boleh bergantung pada mak sangat. Berniaga macam tu bukan boleh untung sangat. Lain la macam ayah dulu, gaji tiap-tiap bulan masuk, tu pun kadang-kadang ayah cakap tak cukup kan. Baru kak cu tahu sekarang betapa payahnya nak cari duit. Bila dah pegang duit sendiri sekarang tahu pula kak cu nak jimat ayah. Dulu asyik minta dengan ayah. Hihihi. Hidup ini satu perjuangan kan ayah!!

Ayah, ingat tak hari ini hari apa? Hari ini hari ulangtahun ke 23 kak cu. Dah tua kan anak ayah ni. Kalau ayah ada lagi, mesti ayah dah beri ucapan yang paling indah untuk anak ayah ni kan. Tapi tadi tepat jam 12 pagi, adik dan kak chik dah ucap selamat hari lahir untuk kak cu siap nyanyi-nyanyi lagi dalam telefon. Kak cu terus ingat ayah. Hati ni dah sebak sangat waktu kak chik nyanyi tapi kak cu kawal emosi yang tengah pilu ini sebab masa tu kak cu masih kat cafe. Tengah basuh pinggan kat dapur.


Kak cu rindu nak dengar ucapan indah dari ayah. Kak cu dah 23 tahun ayah. Jadi, Selamat hari lahir untuk kak cu!. Semoga kak cu terus tabah melalui hari-hari yang penuh ujian ini. Tabah untuk terus melangkah. Tabah untuk terus ’menikmati’ rasa ’kosong’ ini. Kak cu rindu ayah sangat.

Ayah, kak cu selalu doa untuk ayah. Selalu baca Yasin untuk ayah. Semoga ayah tenang DISANA

: Wajah yang sentiasa aku rindui


*Ayah, lama dah kak cu tak balik kampung, sebab tu lama tak pergi ’rumah’ ayah. Kalau minggu depan kak cu balik, kita jumpa eh ayah.

~Al Fatehah untuk ayah~

26 September 2010

~RAYA OH RAYA~

Cuhhh….cittt…Ushhh…Ya Allah, dah lama aku tidak mencoretkan sesuatu kat sini. Begitu banyak yang hendak diceritakan..Sekarang semuanya dah berlalu, Ramadhan yang sudah pergi , Syawal pun bakal mengekori..Ah rindunya semua ni. Banyak benda yang tak sempat k.chu kongsi dengan ayah..Ayah, banyak sangat k.chu nak ceritakan pada ayah..Ayah tahu kan k.chu sekarang dah final year, dah sem 7 pun ayah..Awal tahun depan k.chu praktikal la..selepas tu, tunggu konvokesyen dan penempatan di sekolah. Begitu cepat waktu berlalu ayah..Kadang-kadang k.chu rasa macam mimpi je semua ni.Terasa baru semalam k.chu masuk UPSI, baru semalam ayah hantar k.chu kat tg.malim ni.terasa baru semalam kita naik bas sama2 dengan adik, mak mari tg malim nih.

Ingat lagi ayah kata..”owoh K.chu, macam cikgu dah ayah tengok..lawo anak ayoh”..Ayah, k.chu rindu sangat nak dengar kata2 manis, pujian dari ayah..Rindu sangat2. Ayah sangat optimis, selalu bagi semangat kat semua anak2 ayah. Satu prinsip yg k.chu pegang sampai sekarang..”Hidup ini satu perjuangan.” K.chu akan ingat ni sampai bila2 ayah. Sampai akhir hayat k.chu.. Hidup ini tak selalunya indah tetapi yang indah selalu hidup dalam kenangan.

………………………………………………………………………………………………

Raya tahun ni merupakan tahun ketiga beraya tanpa ayahanda di sisi. Sangat pahit untuk dilalui tetapi hidup mesti diteruskan. Semua merasainya Cuma situasi dan keadaannya sahaja yang berbeza.

Ayah, ayah nampak dok kami pergi jumpa ayah pagi raya haritu??Semua anak2 ayah ada.

K.Long, K.Ngoh, Kchik, abang, k.chu dan adik. Isteri ayah yang tabah tu pun ada. Dia sangat tenang ayah tapi didalamnya hanya Tuhan yang tahu. Semua berbaju baru pagi itu. Cucu2 ayah pun ada. Kami bacakan Yasin tuk ayah. Kami semua rindu ayah. Walaupun raya datang setiap tahun, tapi masih tak mampu membawa pergi segala kepahitan dan kesedihan dengan kehilanganmu ayah. Terlalu janggal, terlalu asing rasanya raya tanpa ayah. Kadang2 k.chu rasa bagaikan mimpi semua ini. Kadang2 k.chu Cuma rasa yang ayah hanya pergi kursus untuk 2, 3 bulan, lepas tu ayah balik dan boleh beraya bersama kami.



~Kehilangan~

::cucu2 ayah semua dah besar. Isteri ayah yang satu tu

selalu je sedih. Senyumannya tak seindah dulu lagi::


Ape2 pun, kita sebenarnya sikit pun tak boleh menepis setiap yang telah diaturkanNYA. DIA maha mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNYA kan ayah. Semoga ayah dijauhkan dari seksa kubur dan api neraka. Semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, beramal soleh dan mulia disisiNYA..amin

Sayang ayah sangat2. Moga malam ini k.chu mimpi ayah. Rindu nak lihat senyum ayah!!

Semoga ayah tenang DISANA. Al Fatehah~