08 November 2009

DOA

Serahkanlah segala peristiwa yang kita alami kepada ALLAH s.w.t.. Apa pun yang kita terima, kita perlu bertawakal kepada-NYA dan berpegang teguh kepada janji-NYA. Jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH s.w.t. dan sentiasalah redha pada setiap yang telah ditentukan-NYA. Insya-ALLAH, kita tergolong dalam orang-orang yang mencapai kemenangan.

Kalau kita merasakan ketenangan dan kebaikan sesuatu dan sentiasa berpegang teguh kepada ALLAH s.w.t. pada setiap ujian dan keadaan yang kita alami, Insya-ALLAH kita akan dapat pertolongan, petunjuk, bantuan dan perlindungan daripada ALLAH. Apabila pertolongan ALLAH sudah kita rasai, maka bersyukurlah selalu dan yakinlah; hati yang resah akan menjadi aman.

Ketika Nabi ALLAH Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang marak menyala, baginda tetap yakin dan bertasbih; "hasbunaLlah waniqmal wakil." Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Lalu ALLAH jadikan api yang menyala itu sejuk.

Ketika RasuluLlah s.a.w. dan para sahabat diancam bunuh oleh orang kafir dan tentera berhala, mereka tetap membaca surah Ali-'Imran ayat 173-174 yang maksudnya; Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada ALLAH, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALLAH. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.



Bila kita bertambah yakin kepada ALLAH dan serahkan diri kepada ALLAH, Insya-ALLAH segala dukacita masa lalu akan berakhir. Janganlah berduka bila kenangkan dan perhatikan perbuatan orang lain yang mengguriskan perasaan. Sesungguhnya, manusia tidak mempunyai kekuatan untuk mematikan atau menghidupkan walau sekecil mana pun nyawa atau sekelumit mana pun keadaan. Manusia juga tidak dapat berikan ganjaran terhadap segala perbuatan orang lain. Kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak punya kuasa. Segala kuasa yang ada di muka bumi ini adalah hak ALLAH.

Menjadi manusia kita kena yakinkan diri terhadap kekuasaan ALLAH. Semua yang berlaku kepada kita adalah dengan izin ALLAH. Dekatilah diri kepada ALLAH, berserah diri kepada-NYA, redha terhadap segala yang telah ditetapkan-NYA, dan penuhi hati dengan zikirullah dan menyintainya dengan sepenuh hati. Insya-ALLAH kita akan dapat memakmurkan hidup yang hakiki. Kemakmuran yang paling indah yang tidak ada bandingnya di dunia ini. Hanya kita yang merasainya, hanya kita yang menikmatinya.

Jangan pernah berhenti berdoa. Doa itu bukan sahaja ibadat, tetapi talian hayat yang mengakrabkan kita dengan Yang Maha Pencipta dan akrabkan kita dengan insan-insan yang kita doakan. Doa mendekatkan yang jauh, doa mengakrabkan yang dekat, doa mengukuhkan ikatanyang ada, doa meleraikan kekusutan, doa mengamankan yang bergelora dan doa menyelesaikan persoalan yang mendera.

06 November 2009

DARI SAHABAT KEPADA SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t…Syukur3…Alhamdulilah Ya Allah...Terima kasih atas nikmat dan rahmatMU untuk hari ini…Terima kasih kerana masih lagi memberi waktu dan saat untuk aku terus berada di BumiMU ini Ya Allah…Semoga KAU sentiasa melimpahkan Rahmat dan keredhaanMU utk aku, ibu, keluarga, rakan2 dan semua hambaMU…Amin…

Alhamdulilah…sedar tak sedar dah 3 paper aku berjaya lalui..Cuma tinggal 2 paper lagi untuk aku berhempas pulas menyudahkannya..Tidak sabar lagi untuk menamatkan sesi bagi sem ini...Dah nak masuk sem 6 pun aku...moga2 aku dapat menggenggam segulung ijazah pada kesudahannya…Amin..Tadi paper subjek major..The killer paper tuk sem ni..fuhh, masa tak cukup la En Sam…Nak tercabut tangan aku menyudahkan bait2 perkataan…Kesian kami en Sam…

Aku sebenarnya masih tertanya2 apa itu makna sahabat dan persahabatan? Kata orang, persahabatan itu indah…kata orang, sahabat itu peneman jiwa…kata orang, sahabat itu penyembuh luka…kata orang, sahabat itu tak ubah seperti bulan yang menyinari kegelapan malam…Ah, indah sungguh sahabat itu bukan??Adakah sahabat, teman, kawan, kenalan adalah satu figura yang sama??Aku belum menemui jawpannya..Ya Allah…bantulah aku dalam mencari erti sahabat itu sebenarnya….

Hari ini, aku telah merasai “nikmat” sebenar sahabat dan persahabatan…”Nikmat’ apabila dipandang serong oleh sahabat sendiri..:’Nikmat” apabila diri ini tidak lagi dipercayai…”Nikmat” apabila ada mata2 sahabat memandang sinis pada aku..Kalau ini yang dikatakan sahabat…Haruskah aku menerimanya??Aku buntu Ya Allah..Berikan aku jalan yg benar dalam merungkai segala “nikmat” yang aku dapat ini…

Aku harap agar kebenaran akan terbukti dan andai saat itu tiba, akulah manusia yang paling bersyukur…Bersyukur kerana pada waktu itu, aku sedar dimana letaknya diriku sebagai seorang sahabat…Aku yakin bahawa Allah sangat menyayangi aku, sebab itu aku diujiNYA…Sesungguhnya, DIA yg maha mengetahui lagi maha mengasihani…

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana mintanya si miskin, dan aku berdoa kepadaMU seperti doa org yg berdosa lg yg amat hina, aku mohon kepadaMU seperti orang penakut lagi pula buta juga seperti doa orang yang menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta hidungnya kepadaMU Ya Allah…

Semoga kita semua mampu menjadi sahabat yang terbaik bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat sana…Amin…

04 November 2009

EXAM OH EXAM

Assalamualaikum…Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat..Syukur alhamdulilah hari ini aku masih diberi peluang menikmati alam ciptaanMU yang penuh keindahan dan tiada tolok bandingnya…Ya Allah, aku mohon agar KAU terus melimpahkan RahmatMu buat aku, keluarga, rakan2 dan semua hambaMU…


Hari ini hari kedua exam aku untuk sem ni…tinggal lagi 3 paper untuk aku berjuang dan rempuh sehebat2nya..Tapi aku tak pernah bersungguh2 dalam melalui detik peperiksaan ini..Study week yg sepatutnya digunakan untuk buat revision telah disia2kan…sesungguhnya aku sangat leka dan lalai… Ya Allah, beri lah aku kesungguhan dan kegigihan dalam aku menuntut ilmu serta kurniakanlah aku keberkatanMU…amin…


Tadi exam subjek minor..Interpretasi Data…Sangat menyakitkan hati menjawab soalan dalam dewan peperiksaan yg serba buruk…Ah, tidak bersyukurnya aku..Ampunilah aku Ya Allah…sesungguhnya aku hanyalah insan yg sangat kerdil dan lemah…Jawab exam td sedih gile sebab meja aku bergoyang…kaki meja tak sama…terpaksa aku ambil tisu dan perbetulkannya…ok la sikit lepas tu..Allah bagi ujian sikit, dah merungut kan…Bersyukur la Hazwani boleh juga jwb exam dengan ada meja dan kerusi..Alhamdulilah…exam tadi 2 jam 30 minit..mula jam 9 dan tamat 11.30..tapi aku awal2 lagi dah cabut keluar..10minit sebelum pkul 11 aku dah keluar…Alhamdulilah siap awl..Buat graf dan teks linear je td....(macam hebat sangat)…

Esok ada lagi paper ni..Subjek major pulak..Pengantar kesusteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu..moga aku dan rakan2 mampu berjuang dengan baik..Bisa di atur dong…All the best ye kawan2…Ya Allah, permudahkanlah urusan kami esok..Amin…


Ok lah, aku nak belek2 nota tuk paper esok…aku lum tgk ape2 lg nih..uishhh, dahsyat…Teruk3…Semoga kite semua mampu menjadi insan terbaik di dunia dan akhirat…urm…hari ni saya tak dengar citer pun pasal sahabat saya..Rindu plak saya kat dia.hehhehe..(tak malunyer)..harap2 saya mampu menjalinkan persahabatan yg erat dan berkekalan dengannya…Amin..Mungkin dia sibuk sangat kot..Mudah2an dia sentiasa dalam perlindungan, keberkatan dan keredhaanNYA..amin..To him, Walau sesibuk mane pun kite, harap kite pun tak pernah lupa untuk menyibukkan diri kepadaNYa…Urusan dan seruan Dia harus lebih diutamakan..InsyaALLAH…

Akhir kata, jadilah insan yg cemerlang, gemilang dan terbilang untuk agama, bangsa, negara dan nusa… Yezzaa...!!!

CINTA



Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi
telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu
tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu.

"Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu."

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila,orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat
oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta!

Cinta kepada harta ertinya bakhil,
Cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
Cinta kepada mati ertinya hidup dan
Cinta kepada Tuhan ertinya Takwa

03 November 2009

SEDIH:(

Assalamualaikum…Syukur kepadaMU kerana aku masih dipanjangkan umur dan masih diberi kurniaan rezeki untuk hari ini..Alhamdulilah Ya Allah atas kurniaan dan nikmatMU yg tak putus2 KAU berikan..Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Pernah juga terfikir jika aku tidak lagi diberikan detik nafas dan ditemukan ajal ketika tidur…Memang betul kan, ajal, maut, jodoh pertemuan adalah dariNYA..Ye..semua orang melalui detik kematian, Cuma yang membezakan sama ada cepat ataupun lambat…Mohon agar kita menerima detik kematian dalam iman…Amin…


Hari ini berlalu dengan baik..Alhamdulilah aku berjaya menjawab soalan dasar2 negara hari ini dengan baik…Soalan yang sangat mencabar pemikiran dan ketangkasan aku untuk menulis…masa yang diberikan hanyalah 1 jam 30 minit..waktu yang sangat singkat untuk memberi hujah, pandangan dan idea yg membina…tapi apa2 pun, aku dah berjaya menjawabnya…moga aku dan rakan2 mendapat keputusan yg cemerlang untuk kertas ni..Amin…


Hari ini, dalam kegembiraan aku, masih tersemat kesedihan dan kepiluan..Entah kenapa hati ini begitu sayu dan pilu…Ya Allah, sesungguhnya, kepiluan ini meruntun jiwa aku untuk terus mengingatiMU..Terima kasih atas kepiluan dan kesayuan yg KAU berikan ini…Hari ini, senyum tawa dan gurau senda ayahanda tercinta sering bermain2 di benak fikiran..Segala kenangan manis, susah payah kehidupan aku sekeluarga bersama ayah dijelmakan kembali..Begitu indah dan bahagianya waktu itu…Selesai saja menjawab soalan peperiksaan tadi, aku melangkah keluar dari dewan dengan seribu kesayuan..Jika ayah masih ada, mesti dialah orang pertama yang akan menelefon aku dan bertanya khabar..Namun, dalam kepuraan, aku melangkah penuh gah dan memohon agar air mata ini tidak sewenangnya jatuh menempuh pipi aku yg gebu ini..Aku tidak mahu dipandang lemah tetapi sebenarnya aku memang tidak cukup kuat untuk menempuh semua ini..Ya Allah, berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam menerima ujian terbesarMU ini…Ape2 pun, hidup harus diteruskan..Sesungguhnya, Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…

Esok aku ada lagi satu exam..moga aku dan rakan2 boleh menjawabnya dengan baik…Amin…

Akhir kata, hargailah sesuatu itu sebelum ia hilang dari pandangan…

Salam…

02 November 2009

GOOD LUCK :)

Assalamualaikum…Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYa dapat lagi aku meneruskan hidup hari ini dengan baik..HAri ini aku lebih baik dari semalam sesungguhnya, dan aku harap hari esok aku lebih baik dari hari ini..Amin…

Hari ini intenet agak laju..boleh lah dengan jayanya aku menatap dan menilik catatan aku…Urmm..esok first paper aku untuk sem ni..Paper dasar2 negara…Harap2 aku dan rakan leh menjawab dengan baik serta cemerlang, gemilang dan terbilang…hehehe..

Untuk kawan2, all the best, buat yg terbaik semua k..Ya Allah, aku mohon KAU tenangkan hati kami, terangkan hati kami, lapangkan dada kami, bukalah fikiran kami dan tajamkan ingatan kami dalam menuntut ilmu dan menjawab soalan peperiksaan kami Ya Allah..

Ya Allah, berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon dariMu..anugerahknlah kejayaan dalam peperiksaan final kami ini..anugerahkanlah kejayaan kpd smua rakan2 kami..jgn ada antara kami yg sedihnya sendirian..andai telah tulis di luhmahfuz akan kegagalan kami maka ubahlah menjadi kejayaan..Engkau yg Maha Agung, mudah2 an keputusan sem ini lbh cemerlang dr sebelumnya..Kejayaan mengiringi kami..berkatilah ilmuMu kpd kami agar dpt dimanfaatkn ke jln Mu yg di redhai..aminn..

Aku nak sambung study Dasar2 untuk kali terakhir malam ni..Yeah..Gambate…Chayok Hazwani…Aja!!Aja!! Fighting…Untuk sahabat saya yg mungkin dalam perjalanan ke PD, semoga selamat sampai dan berjaya memikat china doll malam ni…hahaha.. Semoga projek Powerplant awk tu berjalan dengan lancarnya..Amin…

Akhir kata, hidup ini satu perjuangan..berjuanglah ke jalan yg diredhaiNYA selagi masih diberi peluang dan kesempatan…Semoga kita sentiasa dalam keberkatanNYA..amin..
Salam muhibbah…

01 November 2009

BERPESAN-PESAN KEPADA DIRI DAN ORG LAIN



Assalamulaikum w.b.t…Alhamdulilah Syukur padaMU kerana masih lagi membuka peluang dan ruang untuk aku hari ini menatap alam indah terbentang luas ciptaanMU ini Ya Allah… Terima kasih kerana masih mengurniakan aku rahmat dan nikmatMU yang tak terhingga ini Ya Allah..Syukur3….

Hari ni sempat jugak aku menatap catatan mayaku ini..hehhee..Hari ini agak lembab dan melambatkan internet kat kolej ni..malam2 cam gini baru leh buka..(cam gini-ayat my best fren selalu guna)hik3..jgn marah kuya..i love so much…dia la sahabat aku selamanya..harap2 aku mampu melalui suka duka, susah senang hidup aku bersama2nya forever n ever…(Hopefully)…

Hidup ini terlalu banyak dugaan, cabaran dan godaan kan..Melihat telatah dan perilaku manusia petang tadi yang seakan2 tdk sedar akan mati dan akhirat, membuatkan aku bermuhasabah dengan diri sendiri....terlalu leka dengan kemewahan dan permainan dunia(termasuk aku)…Ya Allah, aku memohon agar aku tidak leka dan lalai dengan kemanisan dan keindahan dunia…”Bukanlah sebaik2 kamu orang yang meninggalkan dunianya utk akhiratnya dan bukan pula meninggalkan akhiratnya utk dunianya..Ttpi hendaklah mencapai kedua2nya kerana dunia ini adalah jalan ke akhirat, sedangkan kamu bergantung kepada manusia”(Riwayat Ibni Asakir dan Addalami).

Petang tadi, aku sempat keluar pergi makan Char Kuey Teow depan kolej aku nih je..kedai makan Kak Normah..ermm, boleh tahan jugak la CKT dia, cuma masin jer sikit..sory!!Tapi ape2 pun, moga perniagaan kak Normah semakin maju dan yg paling penting mendapat keberkatanNYA..amin..Sudah makan tadi, aku bersama rakan tersayang, kuya sempat la memantau semua kedai runcit yang ada kat depan kolej..cari sedikit keperluan diri..Dalam tgh hujan yang renyai2, aku dan kuya jalan nak balik kolej tu, aku agak terkejut la jugak apabila terserempak dengan seseorang yang aku kenali dengan buah hatinya membonceng motosikal bersama..yang laki bawak motor, yang pompuan duk kat belakang..Fenomena biasa kita lihat apabila hidup berpacaran…Urmm…melihat telatah dan perilaku itu td, mengingatkan aku pada kata2 seorang rakan baik aku…”kalo kite naik motor dengan bukan muhrim kite(lebih2 lagi, pasangan kekasih), beribu2 syaitan kat belakang memanah kite…”Ya Allah, Jauhilah aku dari semua itu…Aku pun bukan baik sangat, tp aku cuba kearah itu..InsyaAllah…

Kita selalu memandang remeh sesuatu perkara tu kan..Naik moto berdua memang agak remeh tapi dalam sedar tak sedar kita sebenarnya, telah melanggar batas pergaulan yang sewajarnya..Bukankah tidak manis dipandang orang berkelakuan sebegitu..Tepuk dada, tanya Iman....Ya Allah, aku mhon agar aku dan rakan2ku mampu menjaga aurat dan pergaulan kami dengan lelaki sebaik2nya…Amin…

Janganlah kita menjadi seperti sebiji epal yg masaknya ranum, teramat mudah diperoleh,sering kali nafsu melebihi fitrah, tewas dan akhirnya berguguran di tanah menyembah bumi…Tetapi jadilah sebiji epal yang tidak mampu dibeli, tumbuh segar di puncak, susah dipetik, susah digapai…Sehingga kadang2 sukma epal itu dilanda kerisauan..”Kenapa diriku masih belum dipetik2”…tapi sedarlah bahawa sebenarnya ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya hinggakan tiada sesiapa yg berani memetiknya…Hanya pemuda yg benar2 sahaja mampu memetik dan memilikinya…Itu lah yg seelok2nya kawan2..(berpesan2 juga utk diri sendiri)..Waallahualam…Semoga kita semua mampu menjadi HambaNYA yg taat, anak yg solehah dan muslimah yang sejati…Amin..

Itu je la yg dapat aku kongsi hari ini..Aku nk sambung baca Dasar2 negara yg belum habis2 lg nih..hari Selasa aku nk exam dah..Moga aku dan rakan2 boleh menjawab dengan baik dan cemerlang..Amin…Akhir kata, salam manis satu Malaysia..yeah2…Chayok2!!!..

My Pica

 
Posted by Picasa