01 November 2009

BERPESAN-PESAN KEPADA DIRI DAN ORG LAIN



Assalamulaikum w.b.t…Alhamdulilah Syukur padaMU kerana masih lagi membuka peluang dan ruang untuk aku hari ini menatap alam indah terbentang luas ciptaanMU ini Ya Allah… Terima kasih kerana masih mengurniakan aku rahmat dan nikmatMU yang tak terhingga ini Ya Allah..Syukur3….

Hari ni sempat jugak aku menatap catatan mayaku ini..hehhee..Hari ini agak lembab dan melambatkan internet kat kolej ni..malam2 cam gini baru leh buka..(cam gini-ayat my best fren selalu guna)hik3..jgn marah kuya..i love so much…dia la sahabat aku selamanya..harap2 aku mampu melalui suka duka, susah senang hidup aku bersama2nya forever n ever…(Hopefully)…

Hidup ini terlalu banyak dugaan, cabaran dan godaan kan..Melihat telatah dan perilaku manusia petang tadi yang seakan2 tdk sedar akan mati dan akhirat, membuatkan aku bermuhasabah dengan diri sendiri....terlalu leka dengan kemewahan dan permainan dunia(termasuk aku)…Ya Allah, aku memohon agar aku tidak leka dan lalai dengan kemanisan dan keindahan dunia…”Bukanlah sebaik2 kamu orang yang meninggalkan dunianya utk akhiratnya dan bukan pula meninggalkan akhiratnya utk dunianya..Ttpi hendaklah mencapai kedua2nya kerana dunia ini adalah jalan ke akhirat, sedangkan kamu bergantung kepada manusia”(Riwayat Ibni Asakir dan Addalami).

Petang tadi, aku sempat keluar pergi makan Char Kuey Teow depan kolej aku nih je..kedai makan Kak Normah..ermm, boleh tahan jugak la CKT dia, cuma masin jer sikit..sory!!Tapi ape2 pun, moga perniagaan kak Normah semakin maju dan yg paling penting mendapat keberkatanNYA..amin..Sudah makan tadi, aku bersama rakan tersayang, kuya sempat la memantau semua kedai runcit yang ada kat depan kolej..cari sedikit keperluan diri..Dalam tgh hujan yang renyai2, aku dan kuya jalan nak balik kolej tu, aku agak terkejut la jugak apabila terserempak dengan seseorang yang aku kenali dengan buah hatinya membonceng motosikal bersama..yang laki bawak motor, yang pompuan duk kat belakang..Fenomena biasa kita lihat apabila hidup berpacaran…Urmm…melihat telatah dan perilaku itu td, mengingatkan aku pada kata2 seorang rakan baik aku…”kalo kite naik motor dengan bukan muhrim kite(lebih2 lagi, pasangan kekasih), beribu2 syaitan kat belakang memanah kite…”Ya Allah, Jauhilah aku dari semua itu…Aku pun bukan baik sangat, tp aku cuba kearah itu..InsyaAllah…

Kita selalu memandang remeh sesuatu perkara tu kan..Naik moto berdua memang agak remeh tapi dalam sedar tak sedar kita sebenarnya, telah melanggar batas pergaulan yang sewajarnya..Bukankah tidak manis dipandang orang berkelakuan sebegitu..Tepuk dada, tanya Iman....Ya Allah, aku mhon agar aku dan rakan2ku mampu menjaga aurat dan pergaulan kami dengan lelaki sebaik2nya…Amin…

Janganlah kita menjadi seperti sebiji epal yg masaknya ranum, teramat mudah diperoleh,sering kali nafsu melebihi fitrah, tewas dan akhirnya berguguran di tanah menyembah bumi…Tetapi jadilah sebiji epal yang tidak mampu dibeli, tumbuh segar di puncak, susah dipetik, susah digapai…Sehingga kadang2 sukma epal itu dilanda kerisauan..”Kenapa diriku masih belum dipetik2”…tapi sedarlah bahawa sebenarnya ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya hinggakan tiada sesiapa yg berani memetiknya…Hanya pemuda yg benar2 sahaja mampu memetik dan memilikinya…Itu lah yg seelok2nya kawan2..(berpesan2 juga utk diri sendiri)..Waallahualam…Semoga kita semua mampu menjadi HambaNYA yg taat, anak yg solehah dan muslimah yang sejati…Amin..

Itu je la yg dapat aku kongsi hari ini..Aku nk sambung baca Dasar2 negara yg belum habis2 lg nih..hari Selasa aku nk exam dah..Moga aku dan rakan2 boleh menjawab dengan baik dan cemerlang..Amin…Akhir kata, salam manis satu Malaysia..yeah2…Chayok2!!!..

7 ulasan:

mkno818 berkata...

hehehe... kawan i dulu cakap, kalau bawak awek naik moto suruh dia duduk rapat2... sebab takut setan dok kat tengah2 diorang hahahaha... anyway, good luck on yer exam... Gambate p(")q

mkno818 berkata...

hehehe... kawan i dulu cakap, kalau bawak awek naik moto suruh dia duduk rapat2... sebab takut setan dok kat tengah2 diorang hahahaha... anyway, good luck on yer exam... Gambate p(")q

cahaya kasih berkata...

ye la..duduk la rapat2..nnti dengan setan2 masuk gaung...hehehe..Tq..

mkno818 berkata...

dia takut setan tu dok kat tengah diorang walhal tak sedar yg bawak moto tu sendri pun dah sememangnya setan hahahaha

cahaya kasih berkata...

jgn kite jd mcm setan dah..hehehe

mkno818 berkata...

ok dah ke cik wani oii??... lapor nih...

cahaya kasih berkata...

ok dahh..berehhhh..