23 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN



Sedar tak sedar dah berlabuh pun tirai Syaaban. Bermula la pula tirai Ramadhan yang dinanti-nantikan selama ini. Bulan yang penuh keberkatan dan bulan beribadat. Semoga kita semua dapat mencuci segala kekaratan dan kekotoran yang ada dalam diri di bulan yang penuh kemuliaan ini. Banyak-banyakkan lah amalan sunat dan jaga setiap tutur kata dan segalanya. Aku pun mengharapkan yang sama. Amin

Banyaklah mengumpul pahala pada bulan Ramadhan ni kawan-kawan..tapi kena tahu jugak pahala di bulan Ramadhan boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan lidah dan anggota lain akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith yang bererti

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya kerana pahala akan terhapus walaupun meninggalkan makan dan minumnya"( H. Riwayat Al-Bukhari, 4/1903- Fath al-Bari)

Oleh itu, berdiam diri lah jika tidak ada yang penting untuk diperkatakan..Basahilah lidah kita ni dengan zikir memuji Allah yang satu..Moga-moga kita memperoleh keberkatanNYA..

SALAM RAMADHAN BUAT TEMAN-TEMAN...

12 Ogos 2009

KETIKA


Ketika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia, Allah SWT tahu betapa keras sudah engkau berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah SWT telah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berjalan begitu sahaja, Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah SWT sudah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan, Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau berasa bersendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon, Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau sedang mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya, dan DIA telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau berasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas, Allah SWT tahu apa yang ada didepanmu dan DIA sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau berasa telah dikhianati dan dikecewakan, Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatkanmu tersenyum.

Ketika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur, Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan dipenuhi ketakjuban, Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat!! Dimana pun kau atau ke mana pun kau menghadap, Allah SWT maha mengetahui.

11 Ogos 2009

RINDU YANG TIDAK BERPENGHUJUNG...



Assalamualaikum wbt..
Syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang buat Wani tuk menghargai setiap detik nafas yang dikurniakan ni.. Alhamdulilah bangun pagi ni,Wani masih boleh melihat alam terbentang luas ni..ahhh,betapa indahnya alam ciptaanMu ini YA ALLAH..

Kadang-kadang pernah jugak terfikir,andai aku tak lagi dapat melihat semua ni..urm,ape-ape pun semua nya dari DIA kan..sikit pun kita tak boleh menolak..pagi ni terasa sayu sangat terkenangkan kenangan dan detik-detik indah besama ayah suatu ketika dulu..Hidup tak selalunya indah tapi yang indah selalu hidup dalam kenangan.

Kalau ayah masih ada, alangkah bermaknanya hidup ini..tapi apa-apa pun hidup harus diteruskan juga..ayah,rasanye masih belum puas tuk kongsi segalanya dengan ayah..Masih banyak lagi benda yang k.cu nak crita,nak kongsi dengan ayah..terlalu cepat ayah pergi…

Tapi sesungguhnya DIA lagi menyayangi ayah..pemergian ayah disaat k.cu masih memerlukan kehadiran dan belai kasih ayah buat k.cu makin matang dan menghargai setiap nikmat yang dikurniakan…

andai waktu boleh diputar balik,ingin sekali k.cu peluk cium ayah dan cakap k.cu sayang ayah sangat-sangat,..tapi semua tu hanya la sekadar mimpi..

Kepada kawan-kawan yang masih ada ayah dan mak, buat baiklah pada mereka..jangan sesekali segan tuk mengungkapkan kata-kata kasih,sayang dan cinta pada mereka..sekali kita kehilangan barulah terasa tuk menghargai semua itu…

rindu dan kasih buat ayah tidak pernah terhenti disini..hanya wangian doa nan kudusbuat ayahanda disana. MOga ALLAH mencucri RahmatNYA buat ayah di sana. AMIN

KERINDUAN


dalam setiap detik keriangan & hilai tawa,
masih tersemat kepiluan..

Di setiap saat manis & indah yang ingin dikongsi,
tetap terasa kehilangan..

Di sebalik cerita duka & sedih untuk mengadu,
hati dipagut sendu...

Kerinduan ini tidak tertanggung
& tak mungkin kan terlerai..

Hanya kasih terus berbunga,
menyuburkan wangian doa nan kudus buat ayahanda tercinta..

walau sekuat mana pun hati ingin bertahan,

setabah mana pun pendirian,

sekukuh mana pun semangat,

tanpa dipaksa tetap jua menglir air mata ini terkenangkan ayah tersayang..

Moga ALLAH senantiasa mencucuri rahmatNYA buat ayahanda disana..Amin..

Hazwani,
Tabahkan hati menghadapi dugaan2 yang melanda..
sesungguhnya ALLAH itu maha adil..
DIA tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..