12 Ogos 2009

KETIKA


Ketika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia, Allah SWT tahu betapa keras sudah engkau berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah SWT telah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berjalan begitu sahaja, Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah SWT sudah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan, Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau berasa bersendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon, Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau sedang mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya, dan DIA telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau berasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas, Allah SWT tahu apa yang ada didepanmu dan DIA sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau berasa telah dikhianati dan dikecewakan, Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatkanmu tersenyum.

Ketika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur, Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan dipenuhi ketakjuban, Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat!! Dimana pun kau atau ke mana pun kau menghadap, Allah SWT maha mengetahui.

Tiada ulasan: