23 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN



Sedar tak sedar dah berlabuh pun tirai Syaaban. Bermula la pula tirai Ramadhan yang dinanti-nantikan selama ini. Bulan yang penuh keberkatan dan bulan beribadat. Semoga kita semua dapat mencuci segala kekaratan dan kekotoran yang ada dalam diri di bulan yang penuh kemuliaan ini. Banyak-banyakkan lah amalan sunat dan jaga setiap tutur kata dan segalanya. Aku pun mengharapkan yang sama. Amin

Banyaklah mengumpul pahala pada bulan Ramadhan ni kawan-kawan..tapi kena tahu jugak pahala di bulan Ramadhan boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan lidah dan anggota lain akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith yang bererti

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya kerana pahala akan terhapus walaupun meninggalkan makan dan minumnya"( H. Riwayat Al-Bukhari, 4/1903- Fath al-Bari)

Oleh itu, berdiam diri lah jika tidak ada yang penting untuk diperkatakan..Basahilah lidah kita ni dengan zikir memuji Allah yang satu..Moga-moga kita memperoleh keberkatanNYA..

SALAM RAMADHAN BUAT TEMAN-TEMAN...

Tiada ulasan: